Sukan Star TV

+1 vote
Resipi Ayam Masak Bali

Resipi ini dipetik dari facebook Koleksi Resepi Masakan Ayam & Dading @ https://goo.gl/3oYmLT


Sekarang masak pun ada fenomena 😊 Alhamdulillah terima kasih empunya resepi Sis Aisyah Shukor. 

Ayam Masak Bali 💕


Resepi ada di setiap step ya.

1.

Bersihkan ayam.
Lumur kunyit dan garam
(Tak perlu banyak)

Goreng dalam 10-15mins(jangan garing sangat)

Ketepikan.

2.

Bahan kisar 
- Segenggam cili kering (rebus)
Blend bersama
- 5-6 biji bawang besar
- seinci halia
- sedikit belacan
- satu labu bawang putih

Kisar halus ya.

6-8 batang serai dititik
8 pelepah daun kari(hihi pelepah ke panggilnya?) bersih dan asingkan dari batang

3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam

Kicap (saya guna kicap tamin)
5 kali titik

3.

Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai.

Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning(keluar bau dan separa garing)

4.

Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya(api sederhana)

5.

Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.

6.

Masukkan kicap. Saya ikut sis aisyah kata. 5 kali titik(kali goncang) . Masukkan garam dan gula. Gaulkan

7.

Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 mins (jaga api ya jgn sampai hangit)

8.


Ok selepas tu jadilah hasilnya!

Sedap sangat sangat :) katanya ini juadah hari raya wajib untuk keluarga beliau. Jadi sesuai dimakan dengan nasi ataupun ketupat

Cubalah! Insyallah menjadi dan confirm bertambah nasi.


admin 84 points
12,452 views Jan 7, 2016

Please log in or register to Comment this Media.