Sukan Star TV

0 votes
Bayi 8 bulan maut dilanggar lori pasir

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan terbunuh manakala dua ahli keluarganya cedera selepas kenderaan dinaiki dilanggar lori pasir dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Mersing - Batu Bahat, tengah hari tadi.


Kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki mangsa bersama Bapanya, Anuar Geman@Wagiman, 36, diletakkan di kawasan letak kereta di depan klinik, kira-kira 12 tengah hari. Sebuah lori pasir tanpa muatan dipandu laju yang dalam perjalanan dari bandar Kluang ke Jalan Mersing melanggar kenderaan itu bersama lain diletakkan berdekatan.


Dikatakan lori itu melanggar belakang kereta Toyota Vios sebelum cuba mengelak ke kiri jalan namun gagal akibat masalah brek.


Kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar kereta yang dinaiki Nur Muhris dan bapanya yang pada ketika itu secara kebetulan berhenti di bahu jalan, sebelum ia melanggar tiga lagi kenderaan lain yang diletakkan di hadapan sebuah kedai perkakas rumah.


Mangsa kemudian dihantar oleh orang awam ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.


Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, bayi itu, Nur Muhris Anas Anuar yang cedera parah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Kluang.


admin 84 points
10,138 views Jan 16, 2016

Please log in or register to Comment this Media.